Isnin, 22 November 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT



Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5: 
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Jumaat, 19 November 2010

SABUN HERBA AROMATERAPI PT ONE PT ONE HERBAL AROMATHERAPY SOAP



HARGA : RM 25

KANDUNGAN / INGREDIENTS : 

PEGAGA    (INDIAN PENNYWORT
SERAI WANGI    (CITERONELLA
MINYAK T – TREE    (T-TREE OIL
MINYAK EUCALYPTUS    (EUCALYPTUS OIL
MINYAK NILAM    (PATCHOULI OIL
KULIT KAYU MANIS    (CINNAMON
KULIT MANGGIS    (MANGOSTEENSKIN)   



KEBAIKAN / KEGUNAAN :  

Menghindarkan drpd penyakit kulit seperti : Jerawat,Jeragat,Gatal-gatal Kulit Badan,Enzima,Ruam,Panau,Demam Campak dan Alahan Kulit.Ia juga dapat menanggalkan sel-sel kulit mati serta daki-daki dibadan.Menghalang pembiakan kulat pada kulit serta menghilangkan bau badan. Hasilnya kulit terasa lebih lembut,bersih & segar  

CARA PENGGUNAAN :  

Gosok pada wajah atau badan dan biarkan selama 2 – 3 minit supaya khasiat herba dapat meresap ke dalam kulit. Bilas seperti biasa.Ia akan menampakkan lebih kesan pada kulit wajah dan badan.Sesuai untuk kegunaan harian bagi semua jenis kulit & semua peringkat umur.  

Ekstrak Herba Terpilih 100% Asli. Tanpa Bahan kimia Berbahaya & Tanpa Bahan Pewangi Tambahan.

Isnin, 8 November 2010

GUNUNG MERAPI





Gunung Merapi adalah sebuah gunung berapi di Jawa Tengah, Indonesia. Ia merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia dan telah meletus sebanyak 68 kali semenjak 1548. Ia berdekatan dengan bandaraya Yogyakarta, dan banyak penduduk tinggal di hilir gunung berapi berkenaan, dengan perkampungan paling tinggi 1700 m di atas paras laut. Oleh kerana bahayanya kepada kawasan berpendudukan ini, ia telah dinamai sebagai satu Gunung Berapi Dekad ini.Terdapat satu lagi gunung berapi Indonesia yang hampir sama namanya iaitu Gunung Marapi, di Sumatera Barat.

Merapi merupakan gunung berapi yang paling muda di selatan Jawa. Ia terletak pada zon kelinciran, di mana Plat Indo-Australian menggelincir ke bawah Plat Eurasian. Ia merupakan salah satu dari 129 gunung berapi aktif di Indonesia. Analisis stratigrafi mendedahkan bahawa letusan di kawasan Merapi bermula kira-kira 400,000 tahun yang lalu, dan sehingga kira-kira 10,000 tahun yang lalu, letusan lazimnya berlebih-lebihan, lava yang dikeluarkan adalah dari lava jenis basalt.

Semenjak itu, letusan menjadi lebih kuat letupannya, dengan lava andesitnya yang likat biasanya menjanakan kubah lava. Kubah runtuh biasanya menjana aliran piroklas dan letupan yang lebih besar, yang mana ia akan menghasilkan turus letupan, akhirnya menyebabkan turus tadi runtuh.

Biasanya, letusan kecil berlaku setiap dua atau tiga tahun, dan yang lebih besar akan berlaku setiap 10-15 tahun sekali atau lebih. Letusan penting, biasanya menyebabkan banyak kematian, telah berlaku pada tahun 1006, 1786, 1822, 1872 (letusan yang paling dahsyat dalam sejarah terkini) dan 1930 — apabila 13 kampung musnah dan 1,400 rakyat terbunuh oleh aliran piroklas.

Satu letusan yang sangat besar berlaku dalam tahun 1006 menyebabkan Pulau Jawa diliputi dengan abu. Letupan gunung berapi ini dipercayai membawa kepada kejatuhan tamadun kerajaan Hindu Mataram dan kekosongan kuasa ini diisi oleh orang-orang Muslim menjadi pemimpin pulau Jawa.

Gunung Merapi berkesinambungan mempunyai kepentingan tertentu kepada orang-orang Jawa: ia menjadi salah satu daripada empat tempat di mana para pegawai daripada istana beraja Yogyakarta dan Solo membuat acara tahunan bagi menjamu roh-roh orang Jawa purbakala. 

Letupan 1992

Letupan terbaru sebelum ini adalah pada 1992 dan berterusan selama sepuluh tahun. Pada masa itu, satu kubah lava telah terpicit keluar, membesar hingga satu meter sehari. Dalam tahun 1994, kubah sampai di pinggir kawah, dan daripada situ, jatuhan batu daripada kubah menghasilkan aliran piroklas yang berulangkali. Pada akhir 1994 hampir keseluruhan kubah runtuh, menjana aliran piroklas yang sangat besar, yang mana telah bergerak beberapa kilometer daripada puncak dan telah membunuh 43 orang.
Berikutan daripada letupan besar pada November 1994, satu kubah telah terbentuk di kawah, dan letusan-letusan kecil bersambungan hingga beberapa tahun, menjana runtuhan lava dan aliran piroklas setiap hari. Letupan berakhir pada akhir 2002.

Letupan 2006

Pada April 2006, aktiviti seismos telah bertambah dalam selang waktu yang semakin berulang dan terdapat bonjolan di dalam kon gunung berapi yang menunjukkan letusan baru adalah hampir. Pihak berkuasa meletakkan kampung kejiranan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia. Pada 19 April, asap dari kawah menjangkau ketinggian 400 meter, berbanding dengan hanya 75 meter pada hari sebelumnya. Pada 23 April, selepas sembilan gempa mengisyaratkan pergerakan magma, hampir 600 orang penduduk tua dan bayi di lereng gunung dipindahkan, dan sebahagian rumah mereka diambil alih oleh pelancong-pelancong yang ditarik ke kawasan itu.

Pada awal Mei, lahar bermula mengalir dengan aktif. Pada 11 Mei, dengan aliran lahara menjadi tetap, 17,000 orang diarahkan berpindah. Kemudian pada 13 Mei, pemerintah Indonesia menaikkan taraf berjaga-jaga kepada taraf tertinggi, merah, dan mengarahkan pemindahan semua penduduk dengan segera. Bilangan letusan telah bertambah, dan terdapat laporan yang mengatakan letupan besar telah berlaku. Jika aliran piroklas berlaku, risiko di kampung berhampiran adalah amat tinggi, tetapi ada penduduk yang tetap berani kembali ke kampung, dengan berkata bahawa mereka perlu menjaga binatang peliharaan dan tanaman. Pada 15 Mei, Gunung Merapi meletup mengeluarkan gas panas, debu dan serpihan batu. Awan piroklas berkembang sehingga 4 km, dan debu menutup tanaman dan bumbung rimah di Ketep, 10 km dari kaki gunung. Pada 16 Mei, aktiviti gunung telah berkurang sedikit tetapi masih berbahaya.

Pengawasan

Gunung Merapi adalah tapak program pengawasan yang sangat aktif. Pengawasan seismos bermula pada tahun 1924, dan letupan 1930 didapati telah dimulai oleh satu gempa bumi yang sangat kuat. Terdapat satu rangkaian 8 seismograf di sekeliling gunung tersebut, membenarkan ahli vulkanologi untuk menentukan secara tepat pusat gegaran dan gempa. Satu zon di mana tiada gempa berasal didapati 1.5km di bawah puncak, dan dirasakan menjadi satu tempat takungan magma yang menjadi sumber letupan.

Pengukuran lain pada gunung berapi tersebut termasuklah pengukuran magnetik dan pengukuran kemerengan/kecondongan. Perubahan kecil dalam medan magnet tempatan adalah berlaku pada masa yang sama dengan letupan-letupan, dan pengukuran kecondongan akan mendedahkan penggelembungan gunung berapi akibat kawah magma di bawahnya mula berisi.

Lahar adalah bahaya yang dangat penting di gunung, dan ia disebabkan oleh hujan menggerakkan semula mendakan aliran piroklas. Lahar boleh dikesan secara seismos kerana ia menyebabkan satu signal seismos berfrekuensi tinggi. Pemerhatian mendapati bahawa lebih 50 mm hujan per jam adalah ambang di mana lahar itu biasanya dijana.









Kepada Boyfriend anak-anak anda.

Dari email aku, so forward k korang

Peraturan 1: 
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: 
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: 
Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: 
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal.

Peraturan 6: 
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: 
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: 
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: 
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: 
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian.


Yg ditakuti,

Bapak Kepada Gf ko 

Sumber : Email Yahoo Group

KEPADA BAPAK-BAPAK AWEK/GF, SILA TRY HANTAR SURAT INI KEPADA BF..

Ahad, 7 November 2010

KEWUJUDAN DAJAL MAKIN TERASA

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.
                Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

                Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?


                Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

                Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

                Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

                Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

                Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

                Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
                Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

               Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

               Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
                Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

                Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

                Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

                Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)

Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.
Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Isnin, 1 November 2010

PERBANDINGAN ANTARA PERFUME ORIGINAL DAN PERFUME TIRUAN

Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.

Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati.

Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.

RISIKO KESIHATAN

Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.

BERHATI-HATI DENGAN STOK LAPUK ATAU SUDAH ROSAK

Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.
Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini kami akan memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.

20 perkara yang harus diambil perhatian:

1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.

2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya.     Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.

3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.

4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.

5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.

6. Semak Nombor Batch.

7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.

8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.

9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal....

10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.

11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.

12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.

13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.

14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.

15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.

16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.

17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.

18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia ;)

19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.

20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.

21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol
tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.